a person entering a building photo of building across from our office building entrance with neon backlit walls building entrance with neon backlit walls building entrance with neon backlit walls building entrance with neon backlit walls
 

Sesuai dengan matlamat dan misi kami yang mahu melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik, rohani dan sahsiah. Semua anak-anak di PEYAKIN dihantar kesekolah dari Tahun 5 hingga lah ke Tingkatan 5. Semua yuran dan pembiayaan sepenuhnya dibiayai hinggalah mereka ke Institut Pengajian Tinggi.

Keseimbangan dunia dan akhirat dititik beratkan dalam mendidik anak-anak ini, solat berjemaah lima waktu diwajibkan setiap waktu sehari semalam selain sesi pelajaran agama yang lain seperti mengaji dan menghadiri ceramah agama.

Pengukuhan dalam pelajaran diberikan pada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting dengan memberikan kelas tambahan disebelah malam dan hujung minggu oleh guru-guru yang bertauliah. Mereka juga didedahkan dengan kemudahan dan penggunaan komputer supaya tidak ketinggalan dalam arus teknologi maklumat.

Pelajar juga didedahkan dengan latihan penyediaan makanan melalui Program Dapur Selera Perdana yang mana sedikit sebanyak akan membantu masa depan mereka kelak.

PEYAKIN Klang Selangor yakin dapat melahirkan generasi yang kompetitif, intelektuak, berguna serta bertangungjawab kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

 
     
     
     
 
 
 
Segala sumbangan dapat dibuat ke dalam akaun PEYAKIN Selangor © 2013
Bank CIMB Bank
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM/MISKIN KLANG
120 40000 76 5101